13 Jun 2011 - 19:30

Kami sungguh berbesar hati, mengharapkan kunjungan Shayk Al-Azhar dan ulama Mesir yang lain ke Iran dan saya berharap mereka menerima undangan kami, semoga persaudaraan Iran dan Mesir demi persamaan dan kerjasama akan menjadi kenyataan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait, Hujjatul Islam Wal Muslimin Muhammad Hasan Akhtari dalam wawancara bersama wartawan sebuah surat khabar Mesir Al-Ahram membincangkan undangan Shaykh Al-Azhar Ahmad Tayyib ke Iran bersama mufti Mesir Ali Jumʽah yang sudah dikirim namun hingga ke hari ini mereka belum memberikan sebarang jawapan.Beliau dalam wawancara pada hari sabtu lalu mengatakan, “Kami sungguh berbesar hati mengharapkan kunjungan Shayk Al-Azhar dan ulama Mesir yang lain ke Iran dan saya berharap mereka menerima undangan kami, semoga persaudaraan Iran dan Mesir demi persamaan dan kerjasama akan menjadi kenyataan.”Hujjatul Islam Wal Muslimin Muhammad Hasan Akhtari mengingatkan bahawa Hawzah Ilmiyah di Iran sudah bersedia untuk kerjasama kebudayaan, Agama, pertukaran pensyarah dan pelajar dengan Universiti Al-Azhar. Beliau mengatakan, “Pintu Iran untuk Al-Azhar dan ulama besar mereka sentiasa terbuka untuk semua urusan”.Mengenai dakwaan yang mengatakan kebangkitan revolusi Mesir dengan mengambil contoh Iran beliau mengatakan, “Mesir mempunyai bijak pandai dan pendirian. Rakyat Mesir adalah bangsa yang mulia di kalangan bangsa-bangsa di dunia dan mereka sendiri bebas menentukan nasib politik masa depan”.Akhtari mengatakan, “Yang penting di sini ialah semua parti di Mesir saling mendekati dan menghindari perpecahan terutamanya kewujudan kuasa luar yang merancang untuk menentang plan baru Mesir”.Beliau menganggap politik luar Mesir sedekad lalu sebagai sebab revolusi dalam negara ini dan mengatakan, “Kami mengenali bangsa Mesir yang tidak merestui politik luar dan situasi dalaman negara”.Mengenai pembohongan bahawa Majma’ Ahlul Bait berusaha menyebarkan Syiah, beliau mengatakan, “Tuduhan ini tidak benar, kami pencinta Ahlul Bait sama ada Sunni atau Syiah dari seluruh dunia mempunyai hubungan, Majma’ Ahlul Bait tidak mempunyai tugas menyebarkan mazhab Syiah atau membahaskan perbandingan mazhab ini.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait mengatakan Imam Khomeini menganggap perdebatan antara mazhab Sunni dan Syiah adalah haram. Kata beliau, “Ayatullah Khamenei, pemimpin revolusi juga telah mengeluarkan fatwa kewajiban menghormati sahabat dan Ummul Mukminin”.Mengenai hubungan Iran dan Mesir yang terputus sejak beberapa tahun yang lalu, beliau mengatakan, “Walaupun hubungan diplomatik antara dua negara, warga Mesir dan Iran sudah dan masih mempunyai hubungan baik. Iran sejak 20 tahun lalu melanjutkan usaha memperbaiki hubungan dua pihak”.Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait berkata, “Hubungan dengan sesetengah individu Syiah di Mesir adalah dalam rangkakerja keanggotaan mereka dalam Majma’ Umumi dan pertukaran pendapat tentang masalah Arab, Islam dan antarabangsa”.Tambah beliau lagi, “Iran secara rasmi dan rasa kemanusiaan telah membuka pintunya untuk kerjasama ekonomi, budaya dan agama dengan Mesir, serta untuk kunjungan warga kedua-dua negara agar pandangan antara dua hala didekatkan”.